Pilihan raya Australia ditetap 21 Ogos
SYDNEY 17 Julai - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard hari ini mengumumkan tarikh pilihan raya negara ini pada 21 Ogos ini, dengan janji untuk menyelesaikan isu-isu penting melibatkan orang pelarian, ekonomi dan pemanasan global.
Gillard, 48, berkata, beliau akan mendapatkan sokongan daripada rakyat Australia, selepas berjaya menyingkirkan bekas Perdana Menteri Kevid Rudd tanpa belas kasihan dalam satu rampasan kuasa parti tiga minggu lalu.
"Hari ini saya meminta mandat daripada rakyat Australia untuk membawa negara supaya terus maju.
"Saya percaya pilihan raya ini memberi satu pilihan yang lebih mudah buat rakyat Australia, sama ada kita menggerakkan Australia ke hadapan atau ke belakang," katanya sekali gus melancarkan kempen pilihan raya selama lima minggu.
Akhbar semalam melaporkan bahawa Gillard dijangka menetapkan tarikh pilihan raya itu pada 28 Ogos ini.
Perdana Menteri wanita pertama Australia itu berkata, negara ini merupakan sebuah negara lama yang telah melalui perkembangan yang banyak untuk berhadapan risiko kepimpinan mundur yang ditawarkan pemimpin pembangkang konservatif yang juga pesaingnya, Tony Abbot.
Pada pilihan raya tersebut, Gillard dijangka bertemu satu lawan satu dengan Abbot, pemimpin pakatan Liberal-Nasional yang memainkan peranan utama dalam menjatuhkan karier Rudd.
"Kami bersedia untuk memerintah. Kerajaan sekarang adalah satu kerajaan yang lemah dan ia sepatutnya kalah dalam pilihan raya nanti," kata Abbot pula penuh yakin selepas Gillard mengumumkan tarikh pilihan raya di sini, hari ini. - AFP
MEMANG AKU DAH JANGKAKAN...KELIBAT PILIHAN RAYA PADA TAHUN INI SUDAH SAMPAI KEPADA BEBERAPA NEGARA ATAS DESAKKAN EKONOMI...BEGITU JUGA KEPADA MALAYSIA DESAKKAN EKONOMI RAKYAT YANG SEMAKIN MENGHIMPIT KEHIDUPAN SEMAKIN TERASA, APATAH LAGI APABILA KERAJAAN AKAN MELAKSANAKAN GST!!!
SIAPA MAHU GST???
RAKYAT TIDAK MAHU GST???
NAJIB AKAN BUAT GST!!!
RAKYAT BANGKIT!!!
MEROBAH KERAJAAN YANG SUDAH MUNDUR!!!
INI PERSOALAN BUKAN MAINAN!!!
BUKAN KERAJAAN TANGGUNG RAKYAT!!!RAKYAT TANGGUNG KERAJAAN!!!
RAKYAT SENGSARA,KERAJAAN SEJAHTERA!!!
AYUH BANGKIT!!!
PRU-13 MESTI DALAM KADAR SEGERA!!!
PRU-13 MESTI DALAM KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT!!!
No comments:
Post a Comment