
Rakyat Selangor telah memilih reformasi. Maka, wujudlah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini. Lantas Kerajaan Selangor bersama barisan ahli mesyuarat Kerajaan Negeri wajib merancang, bekerja da melaksanakan agenda reformasi.
PR insaf reformasi yang dituntut oleh rakyat ialah satu perubahan pada bentuk politik dan cara pentadbiran negeri. Ini bermakna rakyat mahu supaya harta negeri ditadbir sebaik-baiknya agar tiada rasuah dan tiada pembaziran. Mesej hakiki ialah rakyat mahu kerajaan yang telus.
Barisan kepimpinan kerajaan Selangor yakin rakyat pasti tahu dan mampu menilai cara pentadbiran yang dilakukan oleh kerajaan.
Justeru itu Kerajaan Selangor wujudkan program untuk merakyatkan ekonomi. Dalam program ini kita guna dan mengurus sumber-sumber dalam negeri Selangor untuk diagihkan kepada rakyat. Itu mengambil masa. Kita dengar dan terangkan. Akhirnya walaupun tiada kesamaan kita perlu membuat keputusan.
Kita berikan air percuma 20meter padu kepada rakyat Selangor. Program TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) untuk bayi, program untuk warga emas, bantuan khairat kematian untu keluarga warga emas, program masuk universiti, untuk ibu tunggal dan OKU.
Pada dasarnya Kerajaan sanggup menyalurkansumber harta negeri terus kepada rakyat tidak melalui agen atau orang tertentu. Kita beritahu berapa banyak yang akan disalurkan, dari mana sumber ini kita perolehi dan bagamana kita merancang untuk mempercepatkan usaha ini.
Pada masa yang sama kita cuba sedaya upaya hapuskan rasuah dan salahguna kuasa. Ini kita hasilkan daripada ketelusan.
Sudah 20bulan saya(Tan Sri Khalid) dan ahli exco berkhidmat. Namun saya rasa banyak lagi perkara yang harus dilaksanakan Penamabahbaikan akan berterusan pada tahun 2010 dan hari yang mendatang.
Kita mula memenangi hati pegawai-pegawai Kerajaan dahulu(BN) walaupun dulu mereka menganggap kita meraba-raba dalam menguruskan negeri. Bagaimanapun kini mereka tahu bagaimana kita mengurus melalui prinsip yang betul.
Kita bersikap profesional tanpa bisikkan kroni. Maknanya kita ada sebab mengapa kita ambil sesuatu tindakan. Sikap bertanggungjawab kita jelas. Sebagai orang korporat, saya mementingkan masa. Saya mahu sesuatu perkara disiap lebih cepat
Namun saya juga insaf kami perlu membuat keputusan yang baik. kita mesti menilai sesuatu keputusan, perlu faham apakah kesannya kepada masyarakat.
Sektor korporat adalah mementingkan kewangan. Sebaliknya sektor kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat. Ini perlu untuk mengisi tuntutan reformasi. Saya sudah lazim bekerja tujuh hari seminggu. Saya terus ulangi janji kepada rakyat. Saya mesti cekap gunakan masa. Tahun 2010 saya harap penambaikan mutu kerja ini dapat digandakan.
-NotaMB-
No comments:
Post a Comment