Monday, March 15, 2010

KJ memperlekehkan Sultan Ahmad Shah(Presiden FAM)

TIDAK jelas dengan kedudukan Harimau Muda A yang bersaing dalam Liga Satu Slovakia ketika ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mengarahkan Penolong Setiausaha Agung badan induk itu, Ahmad Fuad Daud menghadap hari ini.


Perjumpaan mengejut itu dibuat selepas Arena Metro semalam mendedahkan 14 perlawanan yang diharungi skuad bawah 21 tahun bimbingan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu sekadar perlawanan persahabatan dan tidak menawarkan mata kepada pihak lawan.


Maklumat itu diperoleh daripada Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak yang turut mendakwa FAM membayar segala perbelanjaan kepada semua kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu.


Apa yang dinyatakan Mertinyak itu berbeza dengan apa yang dimaklumkan FAM sebelum Harimau Muda A berangkat ke Slovakia pertengahan bulan lalu bahawa skuad negara mengharungi perlawanan kompetitif dengan menyertai Liga Satu Slovakia apabila menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova yang menarik diri.



Menurut sumber, Ahmad Fuad dipanggil menghadap bagi mewakili Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang kini berada di Slovakia untuk menceritakan perkara sebenar kepada Tuanku.


“Saya difahamkan Presiden (Sultan Ahmad Shah) meminta Datuk Azzuddin datang menghadap untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung status pasukan Harimau Muda A kepada baginda yang terkejut apabila mengetahui FAM kena bayar kepada pihak lawan untuk mengadakan 14 perlawanan di Slovakia.

“Malah Sultan juga tidak tahu perlawanan yang membabitkan Harimau Muda A tidak menawarkan mata kepada pihak lawan,” kata sumber itu.


Ahmad Fuad yang dihubungi mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Ahmad Shah hari ini.


“Memang benar saya akan menghadap Tuanku untuk menjelaskan isu Harimau Muda A esok (hari ini),” jawabnya ringkas.


Sementara itu, Azzuddin sekadar memberitahu: “Saya sibuk” dan terus mematikan telefon bimbit ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebelum itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), beliau tidak menjawab dakwaan Mertinyak itu, sebaliknya hanya menganggap program mereka untuk mendapatkan perlawanan bagi Harimau Muda A berjaya.


“Tidak ada apa yang percuma dalam dunia ini, saya sudah maklumkan sebelum ini kami membayar yuran penyertaan sama seperti pasukan lain yang menyertai liga itu dan apa pihak penganjur liga itu mahu buat dengan duit itu, bukan urusan kami.

Apalah sudah jadi dengan kronik2 KJ ni..sampai Sultan pun mereka memperlekehkan..tidakkah rakyat Malaysia pelik jika presiden FAM sendiri tidak mengerti tentang status sebenar KJ menerbangkan skuad bola sepak negara ke negara itu. Yang lebih teruk lagi dana dan wang yang diperolehi langsung tidak tahu kemana arah nya yang sebenar..adakah ke poket kroni2 UMNO yang suka maen bola sepak ni..bola sepak pun jadi mainan politik wang..macam mana nak pruduce Mohtar Dahari 2...

No comments:

Post a Comment