Saturday, March 27, 2010

Tahun 2010 mengukuhkan lagi reformasi



Rakyat Selangor telah memilih reformasi. Maka, wujudlah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini. Lantas Kerajaan Selangor bersama barisan ahli mesyuarat Kerajaan Negeri wajib merancang, bekerja da melaksanakan agenda reformasi.

PR insaf reformasi yang dituntut oleh rakyat ialah satu perubahan pada bentuk politik dan cara pentadbiran negeri. Ini bermakna rakyat mahu supaya harta negeri ditadbir sebaik-baiknya agar tiada rasuah dan tiada pembaziran. Mesej hakiki ialah rakyat mahu kerajaan yang telus.

Barisan kepimpinan kerajaan Selangor yakin rakyat pasti tahu dan mampu menilai cara pentadbiran yang dilakukan oleh kerajaan.

Justeru itu Kerajaan Selangor wujudkan program untuk merakyatkan ekonomi. Dalam program ini kita guna dan mengurus sumber-sumber dalam negeri Selangor untuk diagihkan kepada rakyat. Itu mengambil masa. Kita dengar dan terangkan. Akhirnya walaupun tiada kesamaan kita perlu membuat keputusan.

Kita berikan air percuma 20meter padu kepada rakyat Selangor. Program TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) untuk bayi, program untuk warga emas, bantuan khairat kematian untu keluarga warga emas, program masuk universiti, untuk ibu tunggal dan OKU.

Pada dasarnya Kerajaan sanggup menyalurkansumber harta negeri terus kepada rakyat tidak melalui agen atau orang tertentu. Kita beritahu berapa banyak yang akan disalurkan, dari mana sumber ini kita perolehi dan bagamana kita merancang untuk mempercepatkan usaha ini.

Pada masa yang sama kita cuba sedaya upaya hapuskan rasuah dan salahguna kuasa. Ini kita hasilkan daripada ketelusan.

Sudah 20bulan saya(Tan Sri Khalid) dan ahli exco berkhidmat. Namun saya rasa banyak lagi perkara yang harus dilaksanakan Penamabahbaikan akan berterusan pada tahun 2010 dan hari yang mendatang.

Kita mula memenangi hati pegawai-pegawai Kerajaan dahulu(BN) walaupun dulu mereka menganggap kita meraba-raba dalam menguruskan negeri. Bagaimanapun kini mereka tahu bagaimana kita mengurus melalui prinsip yang betul.

Kita bersikap profesional tanpa bisikkan kroni. Maknanya kita ada sebab mengapa kita ambil sesuatu tindakan. Sikap bertanggungjawab kita jelas. Sebagai orang korporat, saya mementingkan masa. Saya mahu sesuatu perkara disiap lebih cepat
Namun saya juga insaf kami perlu membuat keputusan yang baik. kita mesti menilai sesuatu keputusan, perlu faham apakah kesannya kepada masyarakat.

Sektor korporat adalah mementingkan kewangan. Sebaliknya sektor kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat. Ini perlu untuk mengisi tuntutan reformasi. Saya sudah lazim bekerja tujuh hari seminggu. Saya terus ulangi janji kepada rakyat. Saya mesti cekap gunakan masa. Tahun 2010 saya harap penambaikan mutu kerja ini dapat digandakan.

-NotaMB-

Monday, March 15, 2010

KJ memperlekehkan Sultan Ahmad Shah(Presiden FAM)

TIDAK jelas dengan kedudukan Harimau Muda A yang bersaing dalam Liga Satu Slovakia ketika ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mengarahkan Penolong Setiausaha Agung badan induk itu, Ahmad Fuad Daud menghadap hari ini.


Perjumpaan mengejut itu dibuat selepas Arena Metro semalam mendedahkan 14 perlawanan yang diharungi skuad bawah 21 tahun bimbingan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu sekadar perlawanan persahabatan dan tidak menawarkan mata kepada pihak lawan.


Maklumat itu diperoleh daripada Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak yang turut mendakwa FAM membayar segala perbelanjaan kepada semua kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu.


Apa yang dinyatakan Mertinyak itu berbeza dengan apa yang dimaklumkan FAM sebelum Harimau Muda A berangkat ke Slovakia pertengahan bulan lalu bahawa skuad negara mengharungi perlawanan kompetitif dengan menyertai Liga Satu Slovakia apabila menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova yang menarik diri.



Menurut sumber, Ahmad Fuad dipanggil menghadap bagi mewakili Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang kini berada di Slovakia untuk menceritakan perkara sebenar kepada Tuanku.


“Saya difahamkan Presiden (Sultan Ahmad Shah) meminta Datuk Azzuddin datang menghadap untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung status pasukan Harimau Muda A kepada baginda yang terkejut apabila mengetahui FAM kena bayar kepada pihak lawan untuk mengadakan 14 perlawanan di Slovakia.

“Malah Sultan juga tidak tahu perlawanan yang membabitkan Harimau Muda A tidak menawarkan mata kepada pihak lawan,” kata sumber itu.


Ahmad Fuad yang dihubungi mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Ahmad Shah hari ini.


“Memang benar saya akan menghadap Tuanku untuk menjelaskan isu Harimau Muda A esok (hari ini),” jawabnya ringkas.


Sementara itu, Azzuddin sekadar memberitahu: “Saya sibuk” dan terus mematikan telefon bimbit ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebelum itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), beliau tidak menjawab dakwaan Mertinyak itu, sebaliknya hanya menganggap program mereka untuk mendapatkan perlawanan bagi Harimau Muda A berjaya.


“Tidak ada apa yang percuma dalam dunia ini, saya sudah maklumkan sebelum ini kami membayar yuran penyertaan sama seperti pasukan lain yang menyertai liga itu dan apa pihak penganjur liga itu mahu buat dengan duit itu, bukan urusan kami.

Apalah sudah jadi dengan kronik2 KJ ni..sampai Sultan pun mereka memperlekehkan..tidakkah rakyat Malaysia pelik jika presiden FAM sendiri tidak mengerti tentang status sebenar KJ menerbangkan skuad bola sepak negara ke negara itu. Yang lebih teruk lagi dana dan wang yang diperolehi langsung tidak tahu kemana arah nya yang sebenar..adakah ke poket kroni2 UMNO yang suka maen bola sepak ni..bola sepak pun jadi mainan politik wang..macam mana nak pruduce Mohtar Dahari 2...

Friday, March 12, 2010

meleburkan duit rakyat di lebuh raya kedua untuk kesesakkan musim perayaan setahun sekali sahaja..berbaloi???

Belum lekang isu pengambilan alih semula lebuh raya PLUS kepada kerajaan berkaitan isu untuk menaikkan harga tol,sudah tambah satu lagi pembaziran yang akan dilakukan. Pembinaan lebuh raya ini akan menghubungkan selatan tanah air ke utara dengan persimpangan ampang dan sentul. Konon2 nya tujuannya di adakan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas terutamanya ketika musim perayaan.wahai menteri yang bertanggunjawab..perlukah lebu raya yang memakan 6bilion duit rakyat ini dijalankan jika hanya hendak meangatasi masalah kesesakkan lalu lintas setahun sekali. Berbaloikah rakyat berhempas pulas kerja siang dan malam semata-mata untuk cukupkan dana 6b dan digunakan untuk project koruption. Tiadakah mekanisma dan metodologi yang lebih 1malaysia untuk dibangunankan. Kenapa tidak digunakan duit tersebut untuk permbangunan ekonomi Negara dengan itu dapatlah kita mengelakkan GST yang sudah tentu membebankan rakyat.lainlah menteri, ada ke kena bayar cukai. Rakyat tdak bayar cukai pintu Rm2 Sebulan di kenakan tindakan undang-undang oleh DBKL. Peniaga jambu di jalan TAR tiada permit berniaga dihambat semacam rompakan 100juta. Menteri kotak gelapkan duit 36juta buat kotak ikan baru-baru ini tiada pula kena attact. Apakah ini jenis menteri-menteri yang terlibat menghabiskan duit rakyat membabi buta dengan membuat project yang kononya ingin menyenangkan rakyat. Untuk menawan hati rakyat. Untuk pembangunan ekonomi rakayat. Padahal hanyalah propaganda dan mainan politik untuk menarik pelabur asing ke dalam Negara seterusnya menyalurkan project2 terebut kepada kroni2 yang terlibat. Kemudian semakin meningkatlah kebanjiran pendatang asing di Negara kita buat highway. Al maklum lah bukan kerja menteri memantau pergerakkan kemasukkan pekerja asing ini walhal ini project akar umbi pucuk pimpinan parti berhaluan kiri Jin Jib dan menteri bawah tanahnya.

Tuesday, March 9, 2010

Najib xpopular without attantuya

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Najib Razak sendiri.

“Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soaljawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi)apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri. Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.